Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, sistem aplikasi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini, turut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga
Ia berikutan ibubapa atau penjaga boleh mengetahui, memantau perkembangan prestasi belajar anak / jagaan mereka selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan secara atas talian (online) melalui portal Semakan Ibu Bapa di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tersebut
|
Dengan berpandukan slip keputusan peperiksaan (analisis markah), ibubapa dan juga pelajar boleh mendapatkan maklumat seperti bilangan mata pelajaran daftar, jumlah markah, kedudukan dalam kelas / darjah, kehadiran (jumlah hari), peratus gred purata dan keputusan pencapaian gred keseluruhan mata pelajaran |
Ibubapa atau penjaga mahupun pelajar sendiri hanya perlu mengikuti beberapa langkah-langkah mudah untuk membuat semakan keputusan ujian / peperiksaan secara atas talian (online) melalui maklumat penerangan yang dinyatakan dalam ruangan berikut |
SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Anak (Pelajar) Sekolah Rendah / Menengah |
|
|
|
Panduan Penggunaan Portal SAPS Ibu Bapa – Semak Slip Peperiksaan Pelajar
Info
Setelah melayari Portal Semakan Ibu Bapa (SAPS) menerusi judul pautan (saps ibu bapa) seperti di atas, Ibubapa / Penjaga / Pelajar hanya perlu melakukan beberapa perkara mudah seperti dinyatakan di bawah untuk membuat semakan dan mendapatkan keputusan ujian / peperiksaan anak / jagaan masing-masing |
Melengkapkan ruangan No KP atau Sijil Lahir |
Tandakan pilihan Sekolah sama ada Rendah atau Menengah juga Pilih Tahun peperiksaan yang mahu di semak |
Masukkan Kod Pengesahan seperti yang telah tertera |
Kemudian klik pada butang Semak dan butiran murid / pelajar akan dipaparkan |
Seterusnya sila buat pilihan Jenis Peperiksaan dan mendapatkan analisis markah melalui butang Papar Slip Keputusan / Papar Markah Peperiksaan |
Setiap laporan Slip Keputusan dijana dengan menggunakan perisian Adobe Reader |
Sebagai info, bagi Sekolah Rendah sistem SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Sila pastikan komputer atau peranti mudah alih dilengkapi dengan perisian Adobe Reader (PDF) bagi membolehkan lampiran slip keputusan juga pemarkahan dapat dipaparkan
Data rekod peperiksaan pelajar bagi tahun-tahun sebelumnya turut boleh disemak menerusi sistem aplikasi yang sama
Contoh Paparan Slip Keputusan Dan Analisa Markah Peperiksaan
Jadual Tarikh Kemasukan / Kemaskini Data Ujian Atau Peperiksaan Ke Sistem Saps Tahun 2019
Jadual (takwim) yang disertakan bagi Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman tahun 2019 adalah untuk tindakan guru kelas ataupun pihak yang berkenaan |
Bagaimanapun, jadual ini boleh membantu ibu bapa untuk membuat semakan keputusan anak jagaan mereka dengan merujuk kepada tarikh kemasukan (key-in) markah keputusan setiap peringkat ujian atau peperiksaan yang telah diadakan |
Jadual Kunci Masuk Markah |
Peperiksaan | Tahun / Tingkatan | Tarikh Mula | Tarikh Akhir |
Pertengahan Tahun | Tahun 6 / Tingkatan 5 | 18 Mei 2019 | 16 Jun 2019 |
Percubaan | Tahun 6 | 20 Julai 2019 | 18 Ogos 2019 |
Percubaan | Tingkatan 5 | 14 September 2019 | 16 Oktober 2019 |
Akhir Tahun | Tahun 5 / Tingkatan 4 | 20 November 2019 | 24 November 2019 |
Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1-5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing |
Gred Pemarkahan Rasmi Sekolah Rendah Dan Menengah (Menengah Rendah / Atas) Terkini
Gred Sekolah Rendah |
Julat Markah | Gred | Catatan |
80-100 | A | Cemerlang |
65-79 | B | Baik |
50-64 | C | Memuaskan |
40-49 | D | Mencapai Tahap Minimum |
0-39 | E | Belum Mencapai Tahap Minimum |
TH | TH | Tidak Hadir |
Gred Menengah Rendah |
Julat Markah | Gred | Catatan |
85-100 | A | Cemerlang |
70-84 | B | Kepujian |
60-69 | C | Baik |
50-49 | D | Memuaskan |
40-49 | E | Mencapai Tahap Minimum |
00-39 | F | Belum Mencapai Tahap Minimum |
TH | TH | Tidak Hadir |
Gred Menengah Atas |
Julat Markah | Gred | Catatan |
90-100 | A+ | Cemerlang Tertinggi |
80-89 | A | Cemerlang Tinggi |
70-79 | A- | Cemerlang |
65-69 | B+ | Kepujian Tertinggi |
60-64 | B | Kepujian Tinggi |
55-59 | C+ | Kepujian Atas |
50-54 | C | Kepujian |
45-49 | D | Lulus Atas |
40-44 | E | Lulus |
00-39 | G | Gagal |
TH | TH | Tidak Hadir |
Tindakan
Sekiranya No KP atau Sijil Lahir pelajar tidak dapat mengakses sistem SAPS, Ibubapa perlu atau meminta anak jagaan mereka (pelajar) menghubungi guru kelas (GK) bagi memaklumkan masalah tersebut |
Tindakan seterusnya akan di buat oleh guru kelas dengan mengemaskini data pelajar berkenaan melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah |
Jika terdapat kesalahan seperti ejaan nama pelajar tidak betul, sila lakukan tindakan yang sama seperti diatas |
Kemungkinan
Kemungkinan pengguna atau Ibu Bapa akan mengalami kesukaran untuk mengakses Portal SAPS berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada masa sama yang melebihi batas maksimal kemampuan daya tampung (proses) server |
Ataupun Portal SAPS sedang dalam proses pengemaskinian atau dalam penyelarasan bagi tujuan penambahbaikkan sistem |
Jika mengalami situasi seperti yang dinyatakan diharap bersabar dan layari portal SAPS dari semasa ke semasa |
Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR PT3 Dan SPM
Untuk makluman kepada pengguna, keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak dan tidak dipaparkan menerusi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) |
Bagi yang mahu mendapatkan keputusan berkenaan, sila rujuk kepada pihak sekolah masing-masing atau di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) |
Note: only a member of this blog may post a comment.