Doa Selepas Solat Fardhu Mudah Dihafal

Assalamualaikum


Sebagai maklumat serta rujukan bersama, berikut dikongsikan dua doa selepas solat beserta bacaan dalam arab dan maksudnya. Marilah sama-sama kita berdoa untuk memohon apa yang dihajati untuk kehidupan terbaik di dunia dan di akhirat. Doa ringkas selepas solat fardhu 5 waktu ini amat mudah untuk dihafal dan marilah sama-sama kita mengamalkannya selalu. Semoga dengan memperbanyakkan bacaan doa selepas waktu solat, semua hajat kita akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Amin ya rabbal'alamin.

Doa Ringkas Selepas Solat 1

Solat yang baru selesai kita dirikan ini tidak dapat kita yakini kesempurnaannya, terlalu banyak kita rasa kekurangannya. Oleh yang demikian, kita mengharapkan daripada bacaan wirid-wirid selepsa solat inilah dapat menampung kekurangan itu. Mudah-mudahan Allah perkenankan untuk kesempurnaan solat kita, insya Allah. Wallahu a’lam. Wirid-wirid dan doa, penerbit Al-Hidayah Publication 2010



Maksudnya

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui.

Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Doa Ringkas Selepas Solat 2


Maksudnya
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Video Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat


Marilah sama-sama kita amalkan doa selepas solat ini. Semoga perkongsian Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas Dan Mudah Dihafal ini bermanfaat buat semua


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.