Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru Secara Online
(eGTukar). eGTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan
Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.
Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan
diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia
yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan
KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.
Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu
modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru.
Antara objektif modul eGTukar ini ialah
- Memberi
kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
- Memudahkan
pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.
- Memudahkan
Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan
‘paperless’.
- Mempercepatkan
permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan
sebelum sampai ke pegawai pelulus.
- Memudahkan
pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online
tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.
Tarikh Permohonan Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar)
Makluman awal yang diterima, permohonan Pertukaran Guru
antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah dalam modul eGTukar akan
dibuka mulai 18 Februari 2019 hingga 27 Mac 2019bagi pertukaran
guru sesi Jun 2019 dan Januari 2020.
Permohonan pertukaran guru tahun 2019 boleh dibuat
melalui https://epgo.moe.gov.my.
Sebarang perubahan tarikh dari pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan
dimaklumkan kemudian.
Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru Secara Online
(eGTukar)*
Portal pertukaran guru secara online nampaknya akan dibuka
beberapa hari lagi. Portal eGTukar ini akan kembali aktif kerana permohonan
pertukaran guru secara online hanya akan dibuka sekali sahaja untuk sepanjang
tahun. Permohonan pertukaran ini untuk sesi JUN 2019 dan JANUARI
2020.
Pelbagai alasan yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk
membuat permohonan pertukaran selain dari alasan-alasan yang dinyatakan oleh
pihak KPM di borang permohonan online. Alasan yang popular di bawah ini boleh
digunakan untuk ruangan LAIN-LAIN ALASAN di borang
permohonan online. Semoga berjaya kepada semua,
Antara alasan popular untuk pertukaran guru secara online
ialah
- Masalah
kesihatan yang kronik (diri sendiri, pasangan, anak dan ibubapa)
- Tinggal
berjauhan dengan suami/isteri (mengikut isteri atau suami)
- Ancaman
keselamatan (bunuh, ugutan dan sebagainya)
- Masalah
tekanan mental/ perasaan/ kemurungan
- Mempunyai
masalah dengan pentadbir dan rakan sejawat
- Genap
tempoh berkhidmat di daerah semasa (sekurang-kurangnya 4 tahun)
- Menjaga
anak sakit (disahkan oleh pakar)
- Menjaga
ibubapa yang sakit (disahkan oleh doktor)
- Tidak
tahan berulang-alik dari rumah ke sekolah (100km sehari)
- Masalah
kewangan/hutang
- Tidak
tahan dengan kerenah pihak pentadbir
- Meningkatkan
motivasi dan potensi diri di sekolah lain
- Menyambung
pelajaran ke peringkat lebih tinggi
- Mahu
berkhidmat di daerah/negeri sendiri
- Mengajar
terlalu lama di sekolah semasa
- Terlalu
lama mengajar di sekolah bandar/pedalaman
- Krisis
rumah tangga (bercerai, gaduh, konflik)
- Masalah
membina hubungan dengan rakan sejawatan
- Tiada
hati untuk mengajar jika masih di sekolah lama
- Tidak
tahan dengan karenah ibubapa murid
- Masalah
tiada penginapan/rumah sewa
- Taraf
hidup yang terlampau tinggi di sesetengah tempat
- Kurang
kemudahan di sekolah semasa (air, line telefon, jalan raya dll)
*berdasarkan soal selidik secara online terhadap guru2
yang telah lulus pertukaran sebelum ini
Wajaran Pertukaran Guru (Alasan Pertukaran)
Di dalam borang online pertukaran guru semasa memohon
pertukaran, akan ada ruangan alasan memohon pertukaran. Guru -guru boleh klik
alasan pertukaran yang mana sesuai dengan masalah mereka semasa memohon
pertukaran sama ada alasan yang dinyatakan oleh KPM atau pun guru-guru boleh
klik LAIN-LAIN alasan. Untuk alasan LAIN-LAIN,
guru-guru bolehlah menulis alasan popular seperti di atas yang telah
dinyatakan.
Permohonan yang diluluskan bergantung kepada kes-kes yang
kronik, kekosongan jawatan di negeri atau daerah semasa dan keperluan
perkhidmatan. Faktor kelulusan pertukaran juga bergantung kepada wajaran
pertukaran (point) di jadual wajaran pertukaran guru di bawah yang dikongsikan
oleh pegawai di bahagian pertukaran menerusi facebook.
Guru-guru yang memohon perpindahan bolehlah menggunakan
jadual wajaran pertukaran ini sebagai rujukan sebelum menulis alasan-alasan
pertukaran nanti.
Tips Sempena Mengisi Permohonan eGTukar
Sempena pertukaran guru nanti, pemohon diingatkan
supaya mengisi maklumat dengan lengkap. Di bawah adalah beberapa tips sempena
mengisi permohonan yang dikongsikan oleh pegawai dibahagian pertukaran iaitu
Encik Hasmadi Hamdan.
- EGTukar
akan dibuka pada bulan Februari 2019.. Pemohon dinasihati mengisi dengan
lengkap.
- Bagi
yang mengemukakan alasan sakit, sila dapatkan sijil sakit asli daripada
pakar hospital kerajaan.
- Bagi
meluaskan peluang untuk balik dari Sabah dan Sarawak, mohon ke Johor,
Selangor dan Kuala Lumpur.
- Bagi
yang mengemukakan alasan ancaman keselamatan, sertakan laporan siasatan
polis, bukan salinan repot polis. Ancaman keselamatan bermaksud ancaman
daripada suspek yang dikenali. Contohnya bekas suami.
- Pemohon
dinasihati memohon langsung kepada BPSH tanpa mendapat surat sokongan
daripada ahli-ahli politik atau mana-mana pihak.
- Bagi
permohonan ex-parte (sebelah pihak), mohon disertakan surat kebenaran
dan/atau surat sumpah daripada pasangan.
- Perjawatan
bagi Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu amat terhad.
Semakan Maklumat Pemohon Menerusi eGTukar
Semakan maklumat & tindakan pembetulan maklumat peribadi
melalui laman web e-operasi dengan segera sebelum mengisi permohonan pertukaran
,sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan
pentadbir sekolah masing-masing atau pejabat pendidikan daerah/ jabatan
pendidikan negeri atau bahagian masing-masing. Semak sini https://eoperasi.moe.gov.my/
Syarat-Syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru (UPDATE)
- Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) TIDAK AKAN mempertimbangkan
permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan
jawatan.
- Guru TIDAK
BOLEH bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan
pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan
pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.
- KPM TIDAK
AKAN mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah
permohonan pertukaran diluluskan
- Penempatan
ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat
pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
- Semua
jawatan yang disandang akan TERGUGUR apabila permohonan
pertukaran diluluskan
- Semua
salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pengetua / guru
besar untuk pengesahan.
- Semua
keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar.
Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan
dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan DIBATALKAN.
Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran
- Guru
interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (kdc).
- Guru
yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
- Guru
yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
- Guru
yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru
DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
- Guru
cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
Note: only a member of this blog may post a comment.