Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Amalan ibu mengandung yang baik adalah menurut landasan Islam. Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, antara amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung ialah:-
- Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
- Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
- Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
- Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
- Banyakkan berzikir
- Banyakkan membaca Al-Quran
- Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
- Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
- Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
- Tidak terlalu tertekan atau stres.
- Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
- Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
- Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
- Rajin mengukirkan senyuman
- Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.
Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh suami dan isteri ketika isteri mengandung pula:-
- Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
- Elakkan makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram
- Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain
- Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri.
- Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
- Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t.
- Jauhi pertuturan yang negatif
- Jauhi membuka aurat
- Jauhi amalan khurafat
Apa pula amalan ibu hamil yang baik? Antara amalan bacaan surah semasa ibu mengandung ialah:
- Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
- Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
- Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
- Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
- Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
- Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
- Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
- Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)
Sumber: Safiah dan suntingan oleh SirapLimau.com
Note: only a member of this blog may post a comment.