Status Halal 13 Makanan Dikeluarkan JAKIM Yang Sering Didebatkan Netizen

Assalamualaikum

Halal didefinisikan oleh Kamus Bahasa Melayu sebagai dibolehkan untuk melakukan sesuatu mengikut undang-undang Islam atau perkara yang tidak ditegah oleh syarak. Menurut Azarudin, Zuina dan Wahairi Mahmud dalam kajian mereka menyatakan pula tentang konsep pemakanan halal akan melibatkan penilaian terhadap satu skel pilihan yang dianggap luhur berdasarkan syariat agama.

Malah, pengambilan dan penyediaan makanan halal merupakan antara aspek terpenting kerana ia tentunya akan memberi ‘corak’ terhadap tingkahlaku dan nilai kehidupan seseorang Muslim [1]. Banyak isu yang timbul di mana orang ramai takut untuk membeli sesuatu makanan kerana bimbang dengan status halalnya.

Namun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini untuk meredakan kerisauan orang ramai. Mereka menyatakan bahawa tiada yang haram melainkan jika terdapatnya nas yang sahih dan jelas daripada syariat yang menetapkan pengharamannya (sesuatu makanan) [2].

Disamping itu, laman Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM sering memaparkan jawapan berkaitan isu-isu pensijilan halal yang tepat dan terkini. Itu semua dalam usaha mereka untuk mengurangkan salah faham dan kemusykilan orang awam berkaitan isu ini. Ini antara persoalan dan jawapan yang diberi oleh pihak JAKIM :

1. Status Halal Aiskirm Magnum



Untuk makluman, Ice Cream Magnum mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT). Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk ais krim yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

2. Status Halal Coklat Fererro Rocher



Coklat Ferrero Rocher mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT), South Africa. Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

3. Status Halal Sushi King



Untuk makluman, premis makanan Sushi King di Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia. Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

3. Status Halal Kinder Bueno



Coklat Kinder Bueno merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT).

Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Afrika Selatan. Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

5. Status Halal Pepero



Coklat Pepero merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) dan Korean Muslim Federation (KMF). Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

6. Status Halal Bihun Segera PAMA & MAMA



Mee atau Bihun Segera Jenama PAMA & MAMA yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Selain itu, produk tersebut turut memiliki Sijil Pengesahan Halal dari The Central Islamic Council of Thailand (CICOT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI)

Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Thailand dan Indonesia.

7. Status Halal Mi Ramen Samyang



Mee Ramen Hot Chicken jenama Samyang yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Halal Korean Muslim Federation (KMF). Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Korea Selatan.

8. Status Halal Biskut Gery



Biskut Gery keluaran Pt Garuda Food Putra Putri Jaya mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI).

9. Status Halal Golden Churn Creamery Butter



Produk Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh Ballantyne Foods Pty Ltd mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Co-ordinating Council of Victoria (ICCV). Manakala produk Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh New Zealand Butter Canners Morrinsville,merupakan pemegang Sijil Halal New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI)

Untuk pengetahuan,ketiga-tiga badan pensijilan halal tersebut diiktiraf oleh JAKIM.

10. Status Halal Fanta



Produk minuman jenama Fanta keluaran Syarikat Coca-Cola (Bottlers) Malaysia Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini. Sering kali tular di media sosial berkenaan tuduhan liar terhadap minuman jenama ini yang didakwa tidak halal. Ikuti perincian penjelasannya di:- http://bit.ly/2t8dygG

Oleh yang demikian, pihak kami menyarankan kepada pengguna agar merujuk dahulu sesuatu isu halal yang tular kepada pihak yang berwibawa sebelum menyebarkannya. Selain itu, utamakanlah produk minuman yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

11. Status Halal Minyak Yu Yee



Minyak Yu Yee keluaran Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

12. Status Halal Apollo



Kek lapis jenama Apollo keluaran Apollo Food Industries (M) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini. Seringkali netizen mengait dan menularkan isu status halal produk Apollo dengan Kod E yang didakwa dari sumber yang tidak halal. Penjelasan berkenaan isu Kod E telah diterangkan oleh pihak kami di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuKodE

Penjelasan berkenaan isu tular status halal produk Apollo:- http://bit.ly/TularApollo

13. Status Halal Massimo



Produk roti jenama Massimo keluaran The Italian Baker merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini. Isu mengenai pertikaian status halal produk Massimo pernah tular sebelum ini dan telah dijelaskan oleh pihak kami:-

http://bit.ly/2TularIsuHalalMassimo

Tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima sesuatu isu halal yang tular di media sosial dengan merujuk pihak yang berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah.

Rujukan
[1] Azarudin Awang, Che Zuina Binti Ismail & Wahairi Mahmud. (2017). Halal Food Issues: Case Study in New Muslims and Non-Muslims Community Relations in Terengganu. Akademi Kontemporari Pengajian Islam. UiTM Dungun, Terengganu.
[2] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2016). Dicapai dari Bayan Linnas Siri 73 : Penamaan Makanan Dan Minuman : Status Halal Dan Isunya pada 11 April 2019,.

Sumber : Bahagian Hab Halal, JAKIM via siakapkeli


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.