Nota Tulisan Ulangkaji Sains UPSR 2019

Assalamualaikum


UPSR semakin hampir. Bermula tahun 2016, format UPSR telah bertukar di mana lebih ke arah soalan berbentuk subjektif dan soalan pada aras tinggi atau lebih dikenali dengan kemahiran berfikir aras tinggi.

Sebelum peperiksaan tiba, guru pasti telah habis mengajar setiap topik atau bab yang perlu kita pelajari. Ulangkaji semula bab-bab yang dirasakan susah atau bab yang telah ditarget. Namun, langkah selamat adalah dengan belajar semua bab dengan cara belajar yang dirasakan boleh membantu ketika hari peperiksaan.

Pelajar yang akan menduduki peperiksaan sewajarnya membuat persediaan yang terancang dan awal. Persediaan peperiksaan meliputi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ini sangat penting kepada semua pelajar. Sekiranya kita melihat kepada aspek jasmani, sudah tentu tahap kesihatan kecergasan wajar di titik berat. Bak kata pepatah badan cergas minda cerdas.

Nota ini ditulis menggunakan tangan dan pen yang mengutamakan kata kunci dan konsep bagi setiap topik atau tajuk pada kandungan pembelajaran yang berdasarkan buku teks.

Nota ulangkaji ini boleh dicetak dan dijadikan bahan bacaan yang agak menarik untuk kegunaan murid dan anak anak. Kandungan nota ini bermula daripada tajuk pada tahun 4 sehingga kepada tajuk tuas yang terakhir pada tahun 6.

Berikut merupakan nota tulisan ulangkaji Sains UPSR. Kongsikan. Hasil daripada cikgu Ameer Firdaus dr SK Lenjang.

Nota tulisan Sains untuk UPSR

Semoga bermanfaat kepada guru


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.