Resepi Kek Batik Lembut Yang Sangat Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum
sumber: dari dapur

Kalau sebut kek batik, susah saya nak jumpa yang betul-betul kena pada selera tekak ni. Nak beli , kadang-kadang dapat yang keras sebab tak cukup salutan coklat pada permukaan kek nya.



Nasib baik lah ada Puan Nuralfilail , yang sudi memberikan cara buat kek batik A sampai Z,kalau anda mahukan makanan berasaskan Kelantan dan menempah makanan sedap , boleh hubungi beliau.Kami rekomenkan 100% sebab kami dh cuba kek batik, puding trifle,nasi berlauk, kerutub,nasi kerabu dan ayam penyet. Sangat marvelous.

Apa yang best, dari kek batik asas, boleh jadikan kek batik cheese, kek batik oreo di atas permukaannya dan tambah lagi nutella.Memang sangat sedap dan yang penting , tak pahit tau.

Jom kita tengok bahan-bahan membuat kek batik lembut special ni.

  • 25 keping biskut Marie mana-mana jenama . Tapi nak sedap pilih seperti dalam pic ni jenama Morris
  • 3/4 susu tin pekat manis
  • 5 sudu besar milo
  • 1 sudu besar serbuk koko. Nak best guna brand van houten
  • 200 gram buttercup
  • loyang 4 segi saiz 7-8 ya.
  • plastik pembungkus nasi

sumber: dari dapur

Bahan – bahan dah cukup semua, jom kita tengok cara buat kek batik ni.Rujuk pada gambar ya. Untuk tips elakkan bahan adunan hangit, guna api kecil sahaja dan non stick pan ya.

#1: Panaskan kuali. Masukkan 200 gram buttercup. Guna api perlahan je.Bila butter mula mencair, masukkan 3/4 susu pekat. Kacau rata adunan

#2: Seterusnya , masukkan 5 sudu besar milo dan 1 sudu besar serbuk kokoKacau rata sehingga adunan menjadi sedikit likat berkilat.

#3: Tutup api . Tak sampai 10 minit je proses ini semua. Boleh mula patah-patahkan biskut Marie Gaul rata. Hancurkan sedikit dengan senduk kayu untuk dapatkan tekstur seperti dalam gambar. Sediakan loyang dan plastik .



#4: Masukkan ulapisan pertama. Kemaskan adunan di segenap ruang loyang. Gunakan lebihan plastik tu untuk menekan adunan. Ulang langkah yang sama sehingga adunan habis.Tekan kuat sikit supaya adunan kek batik menjadi padat dan kemas.

#5: Dah siap tekan, boleh tambah toping kesukaan anda jika mahu.Nak letak nutella, oreo atau cream cheese, terpulang ya.Tutup adunan tadi dengan plastik dan sejukkan 3-6 jam atau semalaman dalam petui sejuk.

#6: Keluarkan kek dan potong dengan pisau yang tajam.Mula-mula potong memanjang setebal 1 1/2 inci setiap lajur. Potong lagi jadi empat segi membentuk blok kecil. Siap. Best tau resepi ni.

Selamat mencuba.
sumber: Daridapur.com


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.