Nota UPSR Matematik 2019 Terkini

Assalamualaikum



Pertama sekali ucapan jutaan terima kasih kepada guru daripada SK Pekan Kinarut kerana menyediakan dan sudi berkongsi nota ini. Antara cikgu tersebut adalah, CIKGU SUZANA BINTI MUHAMMAD, CIKGU ALLIAS BIN MATLIN, CIKGU NOR AZLIN BINTI MUHIDIN, CIKGU MOHD NADZIM AWG NORDIN, CIKGU ZULKARNAIN BIN JUHA dan CIKGU SAIRI. Semoga sumbangan cikgu cikgu ini berguna kepada rakan guru di Malaysia. Antara nota yang terdapat dalam perkongsian ini adalah

Cerakinkan nombor

Sesuatu nombor boleh dicerakinkan mengikut nilai tempat dan nilai digit.

Contoh; Cerakinkan nombor 56 308 mengikut nilai tempat dan nilai digit.

Penyelesaian

Mengikut nilai tempat; 56 308 = 5 puluh ribu + 6 ribu + 3 ratus + 0 puluh + 8 sa Mengikut nilai digit ;56 308 = 50 000 + 6 000 + 300 + 0 + 8 (* nilai digit bagi digit 0 tidak perlu dinyatakan.)

Cara membundarkan nombor:

Kenalpasti nombor untuk dibundarkan. Bulatkan.

Lihat nombor di sebelah kanan. Gariskan. Jika nombor sebelah kanan 0, 1, 2, 3 atau 4 nombor yang digariskan kekal jika 5, 6, 7, 8 atau 9, tambah 1pada nombor yang digariskan. Semua nombor di sebelah kanan ganti kepada sifar.

Membandingkan dan menyusun nombor

Tertib menaik ialah susunan nombor daripada nilai terkecil kepada nilai terbesar.

Tertib menurun ialah susunan nombor daripada nilai terbesar kepada nilai terkecil. Contoh: Susun nombor-nombor 12 785, 15 103, 9 986 mengikut tertib menaik dan tertib menurun. Tertib menaik: 9 986, 12 785, 15 103 Tertib menurun: 15 103, 12 785, 9 986
NOMBOR PERDANA

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

KOORDINAT

Sistem Koordinat Cartes ialah sistem yang digunakan untuk mengenalpasti kedudukan suatu titik pada satah cartes

Satah Cartes pempunyai dua garis nombor yang bersilang pada sudut tegak, titik persilangan paksi-xdan paksi-y, dikenali sebagai asalan dengan koordinatnya 0 (0, 0)

Garis mengufuk itu ialah paksi –x, manakalagaris mencancang ialah paksi-y

Jarak antara 2 titik dapat ditentukan dengan mengira bilangan grid pada Satah Cartes

Berikut merupakan nota matematik tersebut.

nota matematik UPSR word

nota matematik upsr pdf

Semoga bermanfaat kepada guru.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.