7 Jenis Penipuan Makanan Yang Berlaku Setiap Hari Tanpa Pengetahuan Kita

Assalamualaikum



Jika anda sering menonton bola di kaki lima atau di luar rumah lalu memesan makanan ringan sebagai snek sambil menikmati perlawanan bola tersebut, anda mungkin tidak perasan bahawa makanan yang dipesan adalah diperbuat daripada scam makanan!
Penipuan makanan atau scam makanan adalah amat ketara kebelakangan ini.
Trend ini adalah rahsia umum di negara besar seperti China di mana hampir semua bahan asas makan boleh dicetak dan ditiru sewenang-wenangnya.
Namakan apa sahaja bahan masakan, telur, daging lembu, sayuran semuanya boleh diciplak dengan sangat mudah.
Ini menimbulkan kebimbangan tentang tahap keselamatan makanan yang dibeli di Malaysia.
Telur tiruan sudah dijumpai di negara kita. Bagaimana dengan bahan makanan yang lain?
Jadi saya kongsikan tujuh jenis makanan yang sering dikenalpasti berlakunya penipuan kepada pengguna.
Scam makanan ini boleh membawa mudarat besar kepada tahap kesihatan seseorang.
Sila baca selanjutnya di bawah ini.
Jangan lupa kongsikannya kepada orang lain juga.

1. Hotdog

Di bahagian teratas skandal scam daging, Malaysia baru sahaja disenaraikan sebagai negara yang berpotensi mempunyai penipuan hotdog.

Para penyelidik dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menggunakan teknik ‘restriction fragment length polymorphism’ untuk menilai ketulenan 30 hotdogs versi frankfurters komersil yang terdapat di pasaran Malaysia.
Sosej daging yang dilabel sebagai ‘meat’ (daging lembu) sebenarnya diganti dengan kuantiti daging kerbau yang amat tinggi.
Menurut Dr. Eaqub Ali, salah seorang pengkaji berkata ia mungkin disebabkan oleh harga daging kerbau beku import yang lebih murah berbanding daging lembu untuk membuat sosej.

2. Ikan Tuna

Pada setiap hari sekitar jam 05:00 di pasar Ikan Tsukiji di Tokyo, penjual ikan akan melelong tuna secara langsung kepada restoran dan orang ramai.

Ia adalah salah satu destinasi yang paling popular di Tokyo dan telah berjaya mendapat liputan media beberapa kali.
Dokumentari tersebut telah membawa kita untuk mempercayai bahawa ikan tidak akan berdepan dengan masalah kepupusan.
Lagipun, 71% daripada dunia adalah diliputi oleh air. Jadi pasti akan ada banyak tuna di sekitar kita.
Walau bagaimanapun, sangat mengejutkan apabila di Amerika Syarikat, 59% daripada ikan yang dilabelkan sebagai “tuna”, yang dijual di restoran-restoran dan kedai-kedai runcit sebenarnya bukan tuna, tetapi daripada pelbagai jenis ikan seperti escolar.
Ini dikenalpasti melalui ujian genetik.
Walaupun statistik ini tidak boleh dikatakan sama untuk mana-mana bahagian-bahagian lain di dunia, industri import dan eksport produk-produk tuna dari kedai runcit masih berterusan.
Oleh itu, ada kemungkinan, ikan tuna yang anda beli di pasaraya atau hidangan tuna yang ditempah bukanlah daripada ikan tuna yang asli.

3. Daging Lembu

Walaupun kita mempunyai banyak lembu yang diternak untuk disembelih menjadi hidangan lazat, satu pembekal makanan terkenal daripada Perancis, Comigel telah memilih untuk menggantikan daging lembu dengan daging kuda untuk produk berasaskan daging seperti lasagne.
Pada tahun 2013, Agensi Piawaian Makanan telah menguji 18 produk daging lembu lasagne dan mendapati 11 daripada makanan tersebut mengandungi antara 60 hingga 100% daging kuda. Ini menimbulkan skandal keselamatan makanan di seluruh UK.
Walaupun daging kuda tidak mempunyai risiko bahaya kepada keselamatan, namun kehadiran dadah veterinar dikenali sebagai Phenylbutazone atau ‘bute’ boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia.
Pengiklanan palsu mengenai jenis daging dan dari mana ia datang adalah amat tidak beretika kerana memberi persepsi yang salah kepada pengguna.
Satu kajian oleh Northeasteran University mengenai satu kesan yang dikenali sebagai “affective realism” iaitu kecenderungan perasaan anda dalam mempengaruhi persepi ke atas kandungan atau pengalaman sebenar juga terpakai kepada produk daging ini.
Sebagai contoh, sampel daging yang sama tetapi diletakkan berbeza-beza penerangan pada bungkusannya boleh memberikan persepsi dan rasa yang berbeza kepada manusia.
Tidak percaya?
Boleh cuba kepada pasangan anda dengan meletakkan daging yang mereka tidak gemar tetapi anda katakan kepada mereka ini adalah daging yang mereka suka / biasa makan. Selepas habis licin, anda beritahu rahsia sebenar daging tersebut dan lihat reaksinya.
Inilah dimaksudkan minda boleh membutakan deria rasa kita lalu mempercayai apa yang tidak kita percayai atau gemari sebelum ini.

4. Daging Kambing

Di China, 63 orang telah ditangkap kerana menjual daging seperti cerpelai, tikus, musang dan lain-lain lalu daging tersebut diperap dalam pelbagai bahan kimia dan dilabel sebagai daging kambing di wilayah Jiangsu dan Shanghai.

Produk-produk daging ini tidak melalui pemeriksaan. Sesetengah daripada produk tipu ini berjaya ke restoran yang popular, yang menyebabkan kemarahan orang ramai.
Kombinasi popular adalah daging tikus + gelatin + pewarna merah + nitrates = daging kambing.
Skandal daging kambing ini menimbulkan ancaman keselamatan makanan kerana ia boleh merebak penyakit merbahaya seperti selesema burung dan kencing tikus.

5. Keju Parmesan

Kita menumpukan sepenuh perhatian ke arah produk keju bernama Parmesan.
Selama lebih 30 tahun, pengguna mungkin membeli keju yang mungkin sebenarnya adalah pulpa kayu.
Di dalam parutan keju parmesan, 2% daripadanya adalah pulpa kayu yang ditambah di dalamnya untuk mengelakkan parutan keju dari melekat lalu menjadi ketulan atau gumpalan.
Walau bagaimanapun, pihak (FDA) Amerika Syarikat baru-baru ini telah bertindak keras ke atas syarikat keju seperti Castle Cheese, Kraft Cheeses dan banyak lagi kerana didapati bersalah mempunyai peratusan sekurang-kurangnya hampir dua kali melebihi daripada yang dibenarkan.
Sesetengah keju seperti Colona Brothers, mempunyai sehingga 22% pulpa kayu. 69% daripada keju yang dijumpai di dalam pasaran telah melebihi peratusan yang dibenarkan oleh pihak FDA.
Menggantikan keju dengan pulpa kayu amat menjimatkan kos dan meningkatkan margin keuntungan.
Itulah sebabnya banyak syarikat keju berbuat demikian.

6. Minyak Zaitun ‘Extra-virgin’

Ini adalah fakta sebenar.
Kebanyakan minyak zaitun extra-virgin di pasaraya dipenuhi dengan kandungan lemak yang tidak sihat.

Ini kerana ianya dicampur dengan minyak yang lebih murah seperti minyak kacang dan kacang soya sehingga menimbulkan risiko kesihatan yang serius kepada mereka yang mempunyai alahan terhadapnya.
Nutrien-nutrien minyak zaitun ini juga digantikan dengan bahan ganti yang lebih merbahaya.
Memandangkan minyak zaitun extra virgin mempunyai nilai yang amat tinggi, pengeluar dan peniaga sentiasa terdorong untuk mencampur isi kandungannya dengan minyak yang kurang berkualiti untuk mengaut lebih banyak keuntungan.
Dalam kaedah lain, minyak zaitun yang berkualiti tinggi akan dicampur dengan minyak zaitun yang berkualiti rendah. Atau mencampurnya dengan minyak yang telah tamat tempoh.

7. Madu

Majalah 3 baru-baru ini membuat liputan tentang madu di Malaysia.
Agak memeranjatkan apabila 80-90% madu di dalam pasaran tempatan adalah madu tiruan atau sintetik.
Madu tiruan atau sintetik amat memudaratkan kepada kesihatan manusia.
Teknik atau kaedah umum yang diamalkan masyarakat dalam mengenalpasti keaslian sesuatu madu sebenarnya tidak terbukti dan bergantung kepada jenis-jenis lebah yang menghasilkan madu tersebut.
Menurut kajian USM, hanya ujian makmal yang benar-benar dapat membezakan madu asli atau tiruan.
Oleh berhati-hati dalam memilih madu.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.