: Kisah Pelajar MRSM Mahu Belajar di Pondok di Kecam Masyarakat
Unknown AssalamualaikumAnak itu seperti kain putih yang akan diwarnai oleh ibu bapanya, samada menjadi yahudi, nasrani atapun majusi. Lalu acuan apa yang kita tetapkan kepada anakanak kita.
Teringat saya dengan kisah dari Ustaz Dr. Mohd Izhar AriffDr.MIA walaupun ada entri dari fanpage dan profile yang lain menceritakan kisah yang sama dalam versi yang asli dan ditokok tambah. Sama ada ia kisah benar atau kisah rekaan sematamata, itu perkara yang kedua, yang penting apa yang kita dapat daripadanya, jom kita ambil feel:
~Kebanggaan Ibu~
Dulu masa saya kecikkecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah…
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya…. Dulu saya dapat 5A UPSR… Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya…. Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM… Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya… Dulu saya dapat 8A dalam PMR… Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya…
Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia… Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya….
Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesankesan Sunnah Rasulullah di badan saya…
Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya…. “Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauhjauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya… Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak…”
Pada suatu Subuh… Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu… Saya bacakan surah Abasa… Dan sebak ketika sampai ayat: Yaumayafirrul mar’umin akhih….. Wa ummihi…wa Abih….
Selesai solat, semasa perjalanan pulang… Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu? Saya jelaskan…. Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya… Ibunya… Ayahnya…. Isterinya… Anakanaknya… Saya katakan… Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya…
Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila…
Sedangkan di mahsyar nanti, semua “katakata orang” tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut…… Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak…
Pujian orang ramai selama berbelasbelas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya… Kejian selama bertahuntahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya… Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka? Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata…. “Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik…”
Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan “pujian” ibuku… Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji…. Wahai hamba Allah… Apa sebenarnya yang kalian kejar? Apa pula sebenarnya yang kejar kalian? Mengapa kalian masih mengejar pujian siasia manusia… Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?
Wahai saudaraku… Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi? Sebelum lubang kubur kalian akan digali? Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga? Wallahuaklam..
Jika kita lihat anakanak lakukan kesalahan, bukan sahaja anakanak yang perlu bertaubat kepada Allah, Ibubapa lebihlebih lagi.
Jika kita lihat Isteri lakukan kesilapan bukan sahaja insteri yang perlu bertaubat kepada Allah, suamu lelbihlebih lagi,
Mungkin pada kesilapa dan kesalahan yang mereka lakukan itu ada bahagian untuk kita
Teringat saya pada hadis nabi Muhammad SAW: َ
حَّدَثَناَعْبُدَِّاللهْبُنَمْسَلَمَةَعْنَمالٍِكَعْنَعْبِدَِّاللهْبِنِديَناٍرَعْنَعْبِدَِّاللهْبِنُعَمَر أََّنَرُسوَلَِّالله صلى الله عليه وسلمَقاَل أَلاَُكلُُّكْمَراٍعَوُكلُُّكْمَمْسُئوٌلَعْنَرِعَّيِتِهَفالأَِميُر الَِّذىَعَلى الَّناِسَراٍعَعَلْيِهْمَوُهَو َمْسُئوٌلَعْنُهْمَوالَّرُجُلَراٍعَعَلى أَْهِلَبْيِتِهَوُهَوَمْسُئوٌلَعْنُهْمَواْلَمْرأَةَُراِعَيٌةَعَلىَبْيِتَبْعلَِهاَوَوَلِدِه َوِهَىَمْسُئوَلٌةَعْنُهْمَواَلَعْبُدَراٍعَعَلىَماِلَسِّيِدِهَوُهَوَمْسُئوٌلَعْنُهَفُكلُُّكْمَراٍعَوُكلُُّكْمَمْسُئوٌلَعْنَرِعَّيِتِه
Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda : “Ketahuilah…Setiap dari kalian adalah pemimpin yang akan di mintai pertanggung jawabannya, seorang imam adalah pemimpin bagi masyarakatnya dan akan di minta bertanggung jawab tentang kepimpinannya,
seorang suami adalah pemimpin bagi keluarga dan ia bertanggung jawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah suaminya dan anakanaknya dan ia bertanggung jawab terhadap mereka, seorang pembantu adalah pemimpin bagi harta tuannya dan ia bertanggung jawab terhadapnya, setiap kalian adalah pemimpin dan tiap kalian mempunyai tanggung jawab terhadap yang di pimpinnya”. (HR. Bukhari Muslim) Wallahua’lam samasama kita ambil pengajaran dan ibrah dari kisah kebanggaan ibu ini. Hargailah mereka yang ada disekeliling anda, sebagaimana anda ingin rasa dihargai oleh orang lain, terutamanya ibubapa kita yang masih hidup.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Note: only a member of this blog may post a comment.