Dalam post itu mengatakan di dalam Mee Segera mempunyai lilin. Ini kerana keadaannya yg keras sebelum itu dan akan menjadi lembut selepas dipanaskan sama seperti lilin. Perlu diketahui bahawa Maggi tersebut bukanlah menjadi lembut disebabkan ada lilin di dalamnya. Tetapi ia disebabkan air yang panas itu mampu meresap ke dalam maggi itu dan membuatkannya kembang dan lembut.
Dikatakan Mee segera mempunyai Wax ataupun bahasa melayunya adalah lilin. Wax ni bukan bermaksud lilin berserta sumbunya yang boleh dibakar tu. Tetapi Wax ini adalah bahan yang digunakan untuk menjadikan batang lilin. Yang mencair bila kita bakar.
Sama seperti beras. Sebelum masak keras, apabila masak dengan air ia mengembang dan lembut.
Disamping itu, perlu diketahui bahawa wax juga dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuh-tumbuhan, sayur sayuran dan juga buah-buahan. Kesemua wax ini tidak boleh dicernakan oleh badan kita termasuk juga wax yang dihasilkan di dalam makmal.
Adakah itu bermaksud kita juga tidak boleh makan tumbuhan, sayuran dan juga buah-buahan. Sudah tentu tidak bukan.
Lagipun semua makanan terutamanya bahan yang tidak boleh dicernakan akan disingkirkan melalui najis termasuklah Wax. Hari ini makan insyallah esok akan keluar.
Sebagai tambahan, tiada lagi bukti yang Wax boleh menyebabkan kanser.
***Post ini bukanlah menggalakkan anda untuk mengambil Maggi setiap hari. Tetapi menjelaskan kekeliruan yang berlaku
Sumber : Root of Science
Note: only a member of this blog may post a comment.