Senarai insentif bayaran balik PTPTN
Berikut ialah insentif-insentif yang disediakan untuk bayaran balik PTPTN yang diumumkan baru-baru ini.
a. Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.
b. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
c. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikit Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.

Perlu diingat bahawa insentif-insentif bayaran balik PTPTN di atas berkuat kuasa dari 22 October 2016 hingga 31 Disember 2017 sahaja. Sila rujuk https://www.ptptn.gov.my/web/guest/insentif_bajet_2017 untuk maklumat lanjut
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membuat pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat berkata bahawa insentif ini adalah melibatkan diskaun 15% atas baki hutang bagi penyelesaian penuh pinjaman.
Sementara itu insentif lain ialah diskaun sebanyak 10% diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% dari baki hutang dengan sekali bayaran.
Selain itu insentif 10% diskaun juga diberi untuk bayaran balik PTPTN melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan.
Perdana Menteri, Najib yang juga adalah Menteri Kewangan Malaysia berkata demikian semasa membuat pembentangan bajet 2017 yang bertajuk "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh".
Kepada peminjam yang masih berhutang dengan pihak PTPTN, ini adalah peluang baik kepada anda untuk buat bayaran balik PTPTN tahun ini.
Note: only a member of this blog may post a comment.
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.